Selasa, 7 Disember 2010

Selamat Bertemu Part 2


Kami dah memulakan sesi suai kenal bersama rakan-rakan yang muncul seperti Gremlin tumbuh selepas terjatuh kedalam kolam mandi. Sesi suai kenal kami selalunya pada waktu pagi dan waktu malam. bergantung kepada jadual 'objek menunggang'. seronok dapat berkenalan antara satu sama lain. walaupun pada hakikatnya antara 'objek menunggang 1' dan objek menunggang 2 adalah rakan ataupun sahabat baik. peduli apa? kerana ini bukan blog mereka. yang nak diceritakan di sini ialah bagaimana kami semua bertemu dan berkenalan dan bermesraan dan bermese pool! :) 

Balik pada topik sesi suai kenal tadi. Masa kali pertama aku jumpa Bobby, kami sama-sama masih belum siap. Aku cuma sempat melihatnya dari tingkap kereta sahaja. Tibalah satu pagi kami sama-sama dibawa 'objek menunggang' ke taman tasik.

Aku (Bron) dan Bobby pada mulanya agak malu2 untuk berbual. Bobby agak pendiam. itu aku tak kisah sebab pada aku, konsep 'beri' itu sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja. jadi aku mulakan perbualan.

Bron : Hang asal mana?

Bobby : Batu Kurau.

Bron : ohh..Berapa Ringgit?

Bobby : kasar la soalan tu..aku tau la aku buruk.

Bron : Lorr...maksud aku modal untuk hang jadi sempurna la...

Bobby : ooohh...Lebih kurang rm160 agaknya.

Bron : pehh..tapi hang macam rm300!

Bobby : Perli lagi ke? -.-

Bron : Aku ni tak pandai berkawan kan? :(

Bobby : ehh..taklah..aku ni yang sensitif.

Bron : emm..tapi aku ikhlas cakap.hang macam rm300. sbb aku pon cuma rm250.

Bobby : ohh ya ka? tapi hang gemuk sikit dari aku kan? 

Bron : sorry..ini org panggil 'tough'! 

Bobby : a'aa...tough2. :)

Bron : aku lupa nak tanya. nama hang?

Bobby : Bobby. 

Bron : Aku Bron. :)

Bobby : hi Bron. :)

Bron : eh, kita satu kilang kan? 

Bobby : a'ah..patut la.


Begitulah sedikit sebanyak perkara yang kami bualkan petama kali kami bertemu. walaupun baru pertama kali, aku rasakan macam serasi berbual dengan Bobby. mungkin sebab kami dari kilang yang sama jadi loghat, mentaliti, etika pun turut sama. tak kekok sangat la. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan