Selasa, 7 Disember 2010

Gadis Jepun warga Vietnam

Matt sibuk ditinggalkan atas kesulitan pada kasutnya,manakala Wangy pula ketiduran di rumah.mungkin kerana dia masih belum serasi dengan pola persiaran sang lelaki. maaf Wangy, saya tak berniat mahu sexist tapi tu la...sekali bersiar saja kamu sudah tertidur sampai 3hari! tapi tak apa.boleh adjust! :)

Aku sudah memiliki kasut baru pemberian objek menunggang kerana ada kejadian yang berlaku pada malam Johan Daud, Bobby dan Charlie bersiar2 dengan aku. ceritanya tak panjang..tapi cukup membuatkan objek menunggang sakit hati dengan aku.maaf objek menunggang..aku tak berniat nak mengada-ngada..tapi kasut yang hang belikan tu tak tahan lama. ohh..begini, malam kami bersiar-siar itu, tiba2 kasut aku semakin lama semakin haus dan terlucut. aku nampak air muka objek menunggangku begitu 'emo' sekali dengan aku. lalu keesokan harinya dia cuba mencari ikhtiar untuk membelikan kasut baru untukku. aku bukanlah jenis yang 'kerak besar' cuma pada aku, untuk menjadi lelaki ganteng dan sasa, perlu ada kasut yang hebat untuk beraksi dengan lebih kacak dan verrrgaya. Betul kan?


Dipendekkan cerita, aku pun disarungkan kasut baru. Yeah! :)


Bobby : Berapa ringgit kasut hang ni?

Bron : rm90 ja...

Bobby : Bengang! kasut aku rm15 ja. tapi takpa. aku cuba untuk cermat ketika bersiar.

Bron : takpalah. cukup masa nanti dia tukarkan lah kasut hang. :) aku ni sebab kasut lama tu tak tahan.

Bobby : aku tau..lagipun objek menunggang aku ni jobless. malas aku nak meragam time dia tengah tak ada duit. kang dia sepak terajang aku, lagi susah aku. dia panas baran!

Bron : hang boleh repot kat Pejabat Buruh kalau dia dera hang.

Bobby : banyak kerja la nak naik turun pejabat.

Bron : if u say so..bak kata 4u2c, "jika kau disakiti,pulanglah.."

Bobby : macam haram! :P

Bron : tak aih.benda betoi. hehehe..

Bobby : thank you! :)

Bron : hang tau dak ada ura-ura kita nak dapat member lagi.

Bobby : ya? sapa?

Bron : mana nak kenal. tapi macam kontroversi jugak la kelahiran dia. pada firasat aku kan bobby, kalau dah kontroversi sangat cemni, mesti dia ni gadis jugak! :)

Bobby : awat hang cakap camtu plak?

Bron : sebab, masa Wangy mai dulu pon cam kontroversi gak apa?

Bobby : apa yang kontroversi pasai minah oren tu?

Bron : ya laa..kita semua stai pasang sendiri kot diri sendiri.haaa paham?

Bobby : ooo..dia ready-made?

Bron : yup! tapi kontroversi gaya ringan lah.

Bobby : point!

Bron : no point! :P

Bobby : bangang hang ni. serius skit boleh x?

Bron : hehee...haa! aku rasa yang baru ni pun gadis ah! sebab aku dengar dia ni ada konflik gak.

Bobby : konflik?

Bron : Objek menunggang aku cakap, bakal objek menunggang dia ni nak ada kos lepas. sama ada nak pilih untuk lahirkan dia ni ataupun nak pegi Vietnam!

Bobby : walaweeyyyy seyh (JOHO) mana hang tau semua ni?

Bron : Bron kot! -.-

Bobby : Bengang! x(

Bron : hahahahah..haaa! tapi tu la ceritanya...



Pause.....



Selang beberapa hari selepas perbualan aku dan Bobby, sah! muncul seorang lagi rakan baru. pada fikiran aku, objek menunggangnya memilih untuk melahirkannya. JEYAH!!! kami ada rakan baru!!! dan ianya seorang gadisSS!!!!!!! :)

Tuan-tuan dan puan-puan..memperkenalkan...SAIGON! (kontroversi kan nama gadis nih?)






                                                          Tadaaaaaaaa!!! 

Selamat Bertemu Part 2


Kami dah memulakan sesi suai kenal bersama rakan-rakan yang muncul seperti Gremlin tumbuh selepas terjatuh kedalam kolam mandi. Sesi suai kenal kami selalunya pada waktu pagi dan waktu malam. bergantung kepada jadual 'objek menunggang'. seronok dapat berkenalan antara satu sama lain. walaupun pada hakikatnya antara 'objek menunggang 1' dan objek menunggang 2 adalah rakan ataupun sahabat baik. peduli apa? kerana ini bukan blog mereka. yang nak diceritakan di sini ialah bagaimana kami semua bertemu dan berkenalan dan bermesraan dan bermese pool! :) 

Balik pada topik sesi suai kenal tadi. Masa kali pertama aku jumpa Bobby, kami sama-sama masih belum siap. Aku cuma sempat melihatnya dari tingkap kereta sahaja. Tibalah satu pagi kami sama-sama dibawa 'objek menunggang' ke taman tasik.

Aku (Bron) dan Bobby pada mulanya agak malu2 untuk berbual. Bobby agak pendiam. itu aku tak kisah sebab pada aku, konsep 'beri' itu sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja. jadi aku mulakan perbualan.

Bron : Hang asal mana?

Bobby : Batu Kurau.

Bron : ohh..Berapa Ringgit?

Bobby : kasar la soalan tu..aku tau la aku buruk.

Bron : Lorr...maksud aku modal untuk hang jadi sempurna la...

Bobby : ooohh...Lebih kurang rm160 agaknya.

Bron : pehh..tapi hang macam rm300!

Bobby : Perli lagi ke? -.-

Bron : Aku ni tak pandai berkawan kan? :(

Bobby : ehh..taklah..aku ni yang sensitif.

Bron : emm..tapi aku ikhlas cakap.hang macam rm300. sbb aku pon cuma rm250.

Bobby : ohh ya ka? tapi hang gemuk sikit dari aku kan? 

Bron : sorry..ini org panggil 'tough'! 

Bobby : a'aa...tough2. :)

Bron : aku lupa nak tanya. nama hang?

Bobby : Bobby. 

Bron : Aku Bron. :)

Bobby : hi Bron. :)

Bron : eh, kita satu kilang kan? 

Bobby : a'ah..patut la.


Begitulah sedikit sebanyak perkara yang kami bualkan petama kali kami bertemu. walaupun baru pertama kali, aku rasakan macam serasi berbual dengan Bobby. mungkin sebab kami dari kilang yang sama jadi loghat, mentaliti, etika pun turut sama. tak kekok sangat la. :)

Kami mula berkawan dengan Gadis

Kami ni macam terminator pasang satu-satu arr tau.. tapi dalam masa kami memasang diri kami pada  masa tu, ada terminator lain yang stai 'terminator ready-made' muncul! tapi kami tak berapa nak menyedari akan kemunculan beliau kerana beliau muncul cuma pada waktu pagi. nak kata beliau morning-bike, tak jugak.tapi sebabkan beliau tak ada pilihan untuk bersenam bersama objek yang menunggang beliau dan objek yang menunggang tu pulak memang tengah gedik nak tunggang beliau, beliau akur dan terus digelar 'morning-bike' oleh kami2 semua..

Atas : Nama beliau 'Wangy' dan yang berpakaian seperti 'Madonna mahu bersukan 1990' itu ialah objek yang menunggang beliau. :)



Isnin, 6 Disember 2010

Gremlin


Sama seperti sebuah filem arahan John Dante pada tahun 1984, rakan-rakan kami membiak pantas seperti gremlin yang terlepas masuk ke dalam kolam mandi. Muncul seorang lagi yang menggelarkan dirinya, 'Charlie'. tapi Charlie hadir sekejap saja. dalam seminggu, beliau terus bersama 'objek menunggang' ke Johor. dan gambar yang sempat diambil cuma ini..tapi aku masih ingat bagaimana Charlie berkenalan dengan aku. sumpah kelakar! :)) later la aku cerita..off!

Rabu, 1 Disember 2010

Sementara itu...




Sedang kami sibuk dengan menyelenggara dan menambah baik diri kami, rupanya ada yang sedang bertindak dalam melakukan aktiviti yang sama..


Di sini kami ingin memperkenalkan rakan baru kami : Matt

Proses Pembiakan Berlaku



Setelah sekian lama berdua-duaan, kami didatangi seorang lagi rakan. Namanya Johan Daud.

Selamat Bertemu


Kata objek besi seperti kami, kurang berkata-kata maka kurang dosa yang dilakukannya. Cukup sekadar foto yang menceritakan siapa kami.


Kiri ke kanan : Bobby & Bron